🔻GAMAT ASLI LANGKAWI - KELEBIHAN & KHASIATNYA🔻
Pengenalan
Gamat yang juga dikenali sebagai Timun Laut atau Sea Cucumber merupakan
sejenis hidupan laut daripada kelas Holothurioidea. Terdapat pelbagai
spesis gamat, antaranya Sticophus variegatus, Holothuria atra dan
Thelenota ananas. Gamat merupakan spesis tidak bertulang dan mempunyai
badan yang lembut. Kepelbagaian bentuk silinder yang dimilikinya adalah
menyerupai tumbuhan daratan timun, maka tidak hairanlah ia digelar Timun
Laut.
Secara amnya, Timun Laut boleh membesar daripada beberapa
millimeter hingga mencapai saiz melebihi dua meter panjang. Spesis ini
terdiri daripada pelbagai kombinasi warna seperti putih, hitam, merah
dan biru. Hidupan laut ini, mempunyai taburan habitat yang luas di
seluruh dunia termasuk di perairan Malaysia, seperti Pulau Langkawi dan
Pulau Tioman. Terumbu karang merupakan habitat utama hidupan ini.
Di Malaysia, masyarakat Melayu mengenalinya sebagai gamat yang mana ia
amat sinonim dengan perubatan tradisional Melayu. Gamat akan disediakan
daripada sumber mentah sebagai hidangan makanan atau diproses untuk
digunakan sebagai perubatan alternatif mahupun untuk tujuan kecantikan.
Gamat yang diproses pula boleh dijadikan minyak untuk penyembuhan luka
atau rawatan penyakit kulit dan juga boleh diminum sebagai tonik
kesihatan. Gamat juga boleh disapu pada wajah dan badan untuk
mendapatkan kulit yang cantik
Masyarakat Cina pula mengenali
gamat sebagai haishen yang membawa maksud Ginseng Laut. Gamat telah
disenaraikan sebagai ramuan perubatan tradisonal dalam buku Bencao
Gangmu iaitu materia medica, hasil tulisan Li Shizhen. Menurut
perspektif perubatan Cina, gamat boleh menyihatkan darah dan organ
penting (jing) termasuk menguatkan buah pinggang (qi). Justeru, gamat
biasa digunakan untuk merawat kelesuan badan dan masalah urinasi. Gamat
juga akan dijadikan hidangan makanan sebagai sumber tenaga dan
adakalanya, ia merupakan salah satu sajian istimewa bagi sambutan
perayaan tertentu seperti sambutan Chinese Spring Festival. Menu gamat
ini adalah dipercayai sebagai simbol panjang umur.
Kandungan
protein dalam gamat boleh setinggi 55%, disamping nutrien lain seperti
mucopolysaccharides (10-16%) dan saponin, manakala kandungan lemak dalam
gamat adalah rendah. Mucopolysaccharides merupakan bahan dalam
pembentukan kartilaj tulang yang amat berguna untuk mengurangkan masalah
sakit sendi. Selain daripada itu, Vitamin E yang terkandung dalam
cecair badan gamat mempunyai aktiviti antioksida yang berfungsi dalam
sistem pertahanan badan. Ini akan mengurangkan risiko seseorang untuk
dijangkiti penyakit dan dapat mengekalkan kesihatan badan.
Gamat Sebagai Produk Tradisional Di Malaysia
Pada masa ini, produk yang mengandungi gamat boleh dikategorikan
sebagai makanan atau ubat bergantung kepada persembahan dan tujuan
pengambilan produk. Justeru, keperluan pendaftaran produk tersebut
adalah bergantung kepada klasifikasi produk tersebut sama ada sebagai
makanan atau ubat.
Secara tradisional, produk berasaskan gamat
digunakan sebagai penyembuh luka dan untuk memulihkan kesihatan badan.
Oleh itu, sediaan gamat amat popular sebagai minuman dikalangan wanita
selepas bersalin bagi tujuan tersebut. Disamping itu juga, produk gamat
juga diambil oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan sebagai
penyembuh luka. Terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama herba
lain sebagai ubat batuk, minyak urut atau minyak angin.
Sehingga
hari ini, produk berasaskan gamat sentiasa mendapat tempat dikalangan
penggunanya. Walaubagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, produk yang
mengandungi gamat bagi pengambilan secara oral (makan atau minum),
perlu mengandungi maklumat amaran tambahan berikut pada label produk:‘Please consult your pharmacist, doctor, or other healthcare providers
about any other supplements / medications you are taking and other
health care problems. There may be a potential for interactions or side
effects’.
Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan spesis
gamat yang diambil sebagai makanan bagi mengurangkan risiko kesan
sampingan akibat pengambilan gamat daripada spesis yang merbahaya.
Gamat Di Peringkat Global
Kajian awal menunjukkan bahawa gamat mengandungi nutrien yang boleh
berfungsi sebagai antibakteria, antifungus, antikanser atau antiradang.
Ini menunjukkan bahawa, gamat mempunyai kegunaan yang meluas dan tidak
hanya terhad kepada penyembuh luka dan kesihatan umum sahaja.
Justeru, kajian saintifik yang lebih mendalam amat diperlukan bagi
membuktikan bahawa gamat mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan
selamat untuk dimakan, seterusnya dikomersialkan di peringkat tempatan
mahupun global.
Adalah menjadi harapan agar gamat atau Timun Laut (sea cucumber) ini
akan terus bertapak di pasaran dan memberi manfaat berterusan terhadap
kesejahteraan kesihatan sejagat.
Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/gamat/
Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan sebagai penyembuh luka dan untuk memulihkan kesihatan badan. Oleh itu, sediaan gamat amat popular sebagai minuman dikalangan wanita selepas bersalin bagi tujuan tersebut. Disamping itu juga, produk gamat juga diambil oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan sebagai penyembuh luka. Terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama herba lain sebagai ubat batuk, minyak urut atau minyak angin.
Thursday, 9 August 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingredients/Bahan Aktif Minyak Gamat Plus: 1. Cocos Nusifera (Minyak Kelapa) 1140mg 2. Stichopus (Ibu Gamat) 14280mg 3...
-
Minyak Gamat Sangat Efektif Mempercepat Penyembuhan Luka Penyembuhan luka badan Kelebihan gamat se...
-
Minyak Gamat Asli Langkawi Seperti yang kita ketahui, gamat adalah salah satu spesis hidupan laut yang inv...
-
Ingredients/Bahan Aktif Minyak Gamat Plus: 1. Cocos Nusifera (Minyak Kelapa) 1140mg 2. Stichopus (Ibu Gamat) 14280mg 3...
No comments:
Post a Comment