Thursday 9 August 2018

 
Ingredients/Bahan Aktif Minyak Gamat Plus:

1. Cocos Nusifera (Minyak Kelapa) 1140mg
2. Stichopus (Ibu Gamat) 14280mg
3. Eucalyptus Oil (Minyak Kayu Putih) 1420mg
4. Nugmed Oil (Minyak Pala) 1420mg
5. Citronella Oil (Minyak Serai) 80mg
6. Frograecoehinchinesis (Akar Tenusu) 80mg
7. Vitex Purbescens (Akar Halban) 120mg
8. Andrographis Paniculata (Akar Cerita) 1420mg

MINYAK GAMAT PLUS LANGKAWI MAMPU UNTUK HILANGKAN JERAWAT!



Anda cuma perlu sapu dan gosokkan minyak gamat tersebut pada bahagian yang sakit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari. Mudah, bukan?

Ia boleh surutkan jerawat seterusnya menghilangkan jerawat dengan izin-NyaIa boleh menghilangkan kesan kemerah-merahan di mukaIa boleh menghilangkan kesan parut kecil yang masih baru.

Ingredients/Bahan Aktif Minyak Gamat Plus:

1. Cocos Nusifera (Minyak Kelapa) 1140mg
2. Stichopus (Ibu Gamat) 14280mg
3. Eucalyptus Oil (Minyak Kayu Putih) 1420mg
4. Nugmed Oil (Minyak Pala) 1420mg
5. Citronella Oil (Minyak Serai) 80mg
6. Frograecoehinchinesis (Akar Tenusu) 80mg
7. Vitex Purbescens (Akar Halban) 120mg
8. Andrographis Paniculata (Akar Cerita) 1420mg


CMH Empire Resources kini mengedar Minyak Gamat Plus Asli Langkawi dengan harga yang istimewa. Untuk maklumat harga dan promosi terkini sila lawat Fecebook kami di : https://www.facebook.com/GamatAsliLangkawi



The Magical Power of Sea Cucumbers (Gamat)

Gamat is a species of Sea Cucumbers which are marine creatures having leathery skin and a long body. They can be found on the sea floor almost all over the world. In Malay, these sea cucumbers are known as gamat. They were once in abundance in Langkawi's water until the islanders came to know about their medicinal healing value and started capturing them in bulk, established factories in the island and started processing them to create healing oils. These days, the sea cucumbers are mostly imported from places like Thailand.

So what can the gamat oil heal? 
They can heal both internal and external body ailments like aches, ulcers, burns and injuries. When gamat (sea cucumber) is used in pure form and no other ingredients used, boiled in a container for three days in low heat, then what comes out is called "Ayer Gamat", an oil which can be taken orally for internal healing. Such healing could be for peptic or duodenal ulcers, bleeding piles or even stomach aches.

When other ingredients like herbs and coconut oil are mixed with gamat, then the resulting fluid is known as "Minyak Gamat" which can be applied externally for healing ailments such as cuts & injuries and even tooth aches. Malaysian and the Langkawi islanders have been long believer in traditional treatments using gamat. And therefore you will find many Gamat Factories have sprung up in the island and making roaring business.


There are now close to 50 Gamat factories in Langkawi and some of them produce well over 40 different types of Gamat products having different use and healing properties. While visiting a Gamat factory as part of a local tour in Langkawi, you will be able to see live processing of gamat and also understand its history and the many different medicinal values it possesses. It is known to have produced magical results.

Gamat Plus Oil is MUST buy souvenir when you visit Langkawi. No time to visit? How to purchase this magical souvenir? Please visit our official Facebook for more updated information :
https://www.facebook.com/GamatAsliLangkawi
🔻GAMAT ASLI LANGKAWI - KELEBIHAN & KHASIATNYA🔻

Pengenalan
Gamat yang juga dikenali sebagai Timun Laut atau Sea Cucumber merupakan sejenis hidupan laut daripada kelas Holothurioidea. Terdapat pelbagai spesis gamat, antaranya Sticophus variegatus, Holothuria atra dan Thelenota ananas. Gamat merupakan spesis tidak bertulang dan mempunyai badan yang lembut. Kepelbagaian bentuk silinder yang dimilikinya adalah menyerupai tumbuhan daratan timun, maka tidak hairanlah ia digelar Timun Laut.

Secara amnya, Timun Laut boleh membesar daripada beberapa millimeter hingga mencapai saiz melebihi dua meter panjang. Spesis ini terdiri daripada pelbagai kombinasi warna seperti putih, hitam, merah dan biru. Hidupan laut ini, mempunyai taburan habitat yang luas di seluruh dunia termasuk di perairan Malaysia, seperti Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Terumbu karang merupakan habitat utama hidupan ini.



Di Malaysia, masyarakat Melayu mengenalinya sebagai gamat yang mana ia amat sinonim dengan perubatan tradisional Melayu. Gamat akan disediakan daripada sumber mentah sebagai hidangan makanan atau diproses untuk digunakan sebagai perubatan alternatif mahupun untuk tujuan kecantikan. Gamat yang diproses pula boleh dijadikan minyak untuk penyembuhan luka atau rawatan penyakit kulit dan juga boleh diminum sebagai tonik kesihatan. Gamat juga boleh disapu pada wajah dan badan untuk mendapatkan kulit yang cantik

Masyarakat Cina pula mengenali gamat sebagai haishen yang membawa maksud Ginseng Laut. Gamat telah disenaraikan sebagai ramuan perubatan tradisonal dalam buku Bencao Gangmu iaitu materia medica, hasil tulisan Li Shizhen. Menurut perspektif perubatan Cina, gamat boleh menyihatkan darah dan organ penting (jing) termasuk menguatkan buah pinggang (qi). Justeru, gamat biasa digunakan untuk merawat kelesuan badan dan masalah urinasi. Gamat juga akan dijadikan hidangan makanan sebagai sumber tenaga dan adakalanya, ia merupakan salah satu sajian istimewa bagi sambutan perayaan tertentu seperti sambutan Chinese Spring Festival. Menu gamat ini adalah dipercayai sebagai simbol panjang umur.


Kandungan protein dalam gamat boleh setinggi 55%, disamping nutrien lain seperti mucopolysaccharides (10-16%) dan saponin, manakala kandungan lemak dalam gamat adalah rendah. Mucopolysaccharides merupakan bahan dalam pembentukan kartilaj tulang yang amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit sendi. Selain daripada itu, Vitamin E yang terkandung dalam cecair badan gamat mempunyai aktiviti antioksida yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ini akan mengurangkan risiko seseorang untuk dijangkiti penyakit dan dapat mengekalkan kesihatan badan.

Gamat Sebagai Produk Tradisional Di Malaysia
Pada masa ini, produk yang mengandungi gamat boleh dikategorikan sebagai makanan atau ubat bergantung kepada persembahan dan tujuan pengambilan produk. Justeru, keperluan pendaftaran produk tersebut adalah bergantung kepada klasifikasi produk tersebut sama ada sebagai makanan atau ubat.


Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan sebagai penyembuh luka dan untuk memulihkan kesihatan badan. Oleh itu, sediaan gamat amat popular sebagai minuman dikalangan wanita selepas bersalin bagi tujuan tersebut. Disamping itu juga, produk gamat juga diambil oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan sebagai penyembuh luka. Terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama herba lain sebagai ubat batuk, minyak urut atau minyak angin.

Sehingga hari ini, produk berasaskan gamat sentiasa mendapat tempat dikalangan penggunanya. Walaubagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, produk yang mengandungi gamat bagi pengambilan secara oral (makan atau minum), perlu mengandungi maklumat amaran tambahan berikut pada label produk:‘Please consult your pharmacist, doctor, or other healthcare providers about any other supplements / medications you are taking and other health care problems. There may be a potential for interactions or side effects’.

Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan spesis gamat yang diambil sebagai makanan bagi mengurangkan risiko kesan sampingan akibat pengambilan gamat daripada spesis yang merbahaya.
Gamat Di Peringkat Global

Kajian awal menunjukkan bahawa gamat mengandungi nutrien yang boleh berfungsi sebagai antibakteria, antifungus, antikanser atau antiradang. Ini menunjukkan bahawa, gamat mempunyai kegunaan yang meluas dan tidak hanya terhad kepada penyembuh luka dan kesihatan umum sahaja.
Justeru, kajian saintifik yang lebih mendalam amat diperlukan bagi membuktikan bahawa gamat mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan selamat untuk dimakan, seterusnya dikomersialkan di peringkat tempatan mahupun global.

Adalah menjadi harapan agar gamat atau Timun Laut (sea cucumber) ini akan terus bertapak di pasaran dan memberi manfaat berterusan terhadap kesejahteraan kesihatan sejagat.
Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/gamat/

  Ingredients/Bahan Aktif Minyak Gamat Plus: 1. Cocos Nusifera (Minyak Kelapa) 1140mg 2. Stichopus (Ibu Gamat) 14280mg 3...